Asal Usul Keris Taming Sari
Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu
ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat
menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai
berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti
jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh
Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam
Melayu.
Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam
Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali
Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama
ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun
sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu
keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata
Nusantara, termasuk negeri China.
Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris
tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyebarkan
Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau
berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut
telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami
Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera
Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.
Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya,
lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang
tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh
Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah
mati semua mereka itu tersungkur kebumi….
Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu
Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula
diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu
adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut
bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal
jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.
Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata
keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah
keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris
tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan
Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh
mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak
bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan
kemudaratan dari kebaikan.
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment